Friday, June 27, 2008

Siapakah PM Baru?

Saya percaya suatu perubahan yang mendadak akan berlaku dalam dunia politik negara pada masa yang singkat ini sekiranya Abdullah terus dengan cita-citanya. Perubahan tersebut sedang berlaku di bawah selimut, dan akhirnya BN akan hancur. Perubahan yang bukan disebabkan oleh pembangkang, sebaliknya daripada mereka yang selama ini terpendam, tidak bersuara tetapi bersemangat. Semangat mereka ini malah melebihi pembangkang dan lebih ikhlas. Mungkin anda mengenali mereka-mereka ini. Sekiranya Tun dapat bekerjasama dengan mereka-mereka ini, Abdullah akan mengalah dengan sendirinya. Saya kurang pasti samada siapakah yang layak menjadi PM selain Tun, tetapi sekiranya UMNO masih bersikap seperti hari ini, maka tiada seorang pun yang layak. Mungkinkah PM yang akan datang bukan dari UMNO? Mungkinkah PM yang akan datang bukan Melayu? Saya percaya sekiranya ia menjadi kenyataan, ini akan menjadi mimpi ngeri kepada kaum Melayu, kerana minda Melayu belum cukup bersedia menghadapi kebenaran dan persaingan. Disember ini yang dinanti-nantikan oleh rakyat jelata, agar dapat mengenali presiden baru UMNO atau PM baru kita, mungkin akan mengecewakan kerana Abdullah tetap akan menang. Tidak mustahil, walaupun rakyat tidak menerima pemimpin ini, tetapi para perwakilan tetap sayang kepada Abdullah kerana beliau tidak sebodoh babi. Abdullah tidak akan berdiam tunggu masa untuk disembelih. Senang sahaje, sekadar pendamkan nafsu tamak dalam kepala mereka, beliau hanya perlu menabur janji untuk memberi projek kepada para perwakilaan dan sekaligus amanah rakyat telah dibeli atau ditipu. Orang tamak selalu akan rugi, cita-cita nak 10juta, masa depan anak-anak menjadi taruhan. Inilah sikap orang kita.

No comments: