Friday, June 6, 2008

Bermulanya Keruntuhan Ekonomi

Berita kenaikan harga minyak telah menggemparkan Negara kita yang secara langsung memberi kesan yang amat ketara dalam setiap bidang. Apakah puncanya? Perdana menteri menyatakan bahawa subsidi minyak daripada kerajaan menjadi bebanan dan ingin mengagihkan subsidi kepada lain-lain pembangunan. Beliau juga selalu membandingkan harga minyak kita dengan Negara-negara yang bukan pengeluar minyak. Cuba kita gunakan akal kita dengan logik, sekiranya hendak dibandingkan harga minyak dengan Negara-negara lain, bandingkanlah juga lain-lain aspek seperti pendapatan penduduk, ekonomi, gaya hidup, kemudahan pengangkutan awam, tol, cukai dan lain-lain. Seperti di Thailand, walaupun harga minyak di sana sedikit lebih mahal daripada kita, akan tetapi harga kereta mereka jauh lebih murah daripada kita, dan mereka juga tiada masalah tol. Cuba lihat Negara kita, harga minyak naik, harga kereta mahal, tol mahal, semua barangan yang dikawal oleh kerajaan mahal, tetapi pendapatan rendah. Sebenarnya masalah yang dihadapi penduduk sekarang bukan disebabkan oleh kenaikan harga minyak dunia, sebaliknya disebabkan oleh kelemahan pentadbiran kerajaan. Kalau kita perhatikan Amerika Syarikat, mereka mengalami krisis minyak yang amat ketara tetapi disebabkan ekonomi mereka dan pendapatan mereka yang lumayan, penduduk masih mampu untuk menanggung krisis tersebut, manakala mereka yang tidak mampu masih ada alternative lain iaitu pengangkutan awam yang lengkap. Kesan daripada kelemahan pentabiran Negara yang membiarkan penduduk berpendapatan rendah menanggung beban kenaikan harga barangan akan mengundang kenaikan kadar kemiskinan. Pelabur-pelabur asing dan tempatan akan berpindah ke Negara yang kos barangan atau tenaganya lebih murah. Manakala pelabur-pelabur asing yang belum menjejak kaki ke Negara kita tidak akan berani menjejak ke mari. Ini akan menyebabkan peningkatan kadar pengangguran yang juga salah satu penyebab kemiskinan. Peniaga-peniaga kecil yang sebelum ini berniaga dengan keuntungan yang amat rendah terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menanggung rugi. Ada syarikat yang terpaksa membuang pekerja agar dapat mengurangkan kos operasi. Lebih ramai yang menganggur dan lebih ramai yang miskin, bukan setakat itu, kebanyakan penduduk Negara kita membuat pinjaman bank untuk membeli pengangkutan persendirian disebabkan pengankutan awam yang tidak efisyen( bukan setakat tak efisyen, dia kenakan pula tol yang mahal macam babi), membeli tempat berteduh atau menyewa, apakah yang akan terjadi kepada nasib mereka setelah kehilangan punca pendapatan sedangkan kos sara hidup semakin tinggi? Pentadbir Negara tidak memahami rakyat kerana kebanyakan pentadbir hidup dalam kemewahan, kenaikan harga barang tidak akan dirasai oleh mereka. Apa yang akan berlaku seterusnya? Institusi kewangan akan menghadapi masalah hutang tidak mampu dibayar oleh peminjam, seterusnya menyebabkan krisis kewangan yang akan membawa kepada kenaikan faedah pinjaman. Ini akan lebih membebankan lagi para peniaga kecil yang bergantung kepada institusi kewangan untuk berniaga. Begitu juga kadar faedah pinjaman perumahan yang akan membebankan penduduk. Kadar inflasi akan meningkat dengan mendadak. Kadar jenayah juga meningkat berpunca daripada pengangguran dan kemiskinan. Beginilah keadaan ekonomi Negara yang ditadbir oleh mereka yang lemah, rasuah, penting diri, gila kuasa dan tiada kesedaran. Kepada penduduk yang berada, mereka boleh memilih untuk berpindah ke Negara lain, apa pula dengan penduduk yang miskin? Mereka bagaikan kebuntuan jalan. Tiada esok bagimu. Beberapa cara mengatasi masalah telah dinasihatkan oleh pemimpin-pemimpin yang lain kepada perdana menteri tetapi belum tentu beliau akan dengar atau tidak. Yang pentingnya kita sebagai penduduk mesti menyelesaikan masalah masing-masing tanpa bergantung kepada pihak pentadbir yang sememangnya tidak boleh diharap. Di sini saya sertakan nasihat-nasihat kepada mereka yang berpendapatan rendah atau penganggur yang terpaksa berniaga kecil-kecilan untuk menyara hidup yang begitu pahit sekali. Walaupun perkara di atas belum lagi berlaku, tetapi ianya akan berlaku dalam jangka masa yang amat cepat. Sedialah payung sebelum ianya terjadi.

1) Jimat sebaik yang mungkin dan mulakan simpanan. Tidak berbelanja mengikut nafsu, beli hanya yang betul-betul perlu. Penampilan tidak diperlukan lagi, kerana kosnya terlalu tinggi. Wang simpanan ialah asas kehidupan. Kalau ada wang simpanan yang banyak, buat apa nak tunjuk kat orang? Senyap-senyap aje. Tak perlu penampilan.
2) Cuba hindari daripada berhutang dan sebaiknya selesaikan hutang yang sedia ada ataupun kurangkannya sebaik yang mungkin, kerana hutanglah satu-satunya kelemahan dalam bidang kewangan. Alasan anda hanya akan memudaratkan diri anda sendiri.
3) Sekiranya anda mempunyai pekerjaan, jangan berhenti atau cuba menukar ke syarikat yang lain. Seelok-eloknya kurangkan risiko anda berhubung dengan pendapatan. Begitu juga yang bekerja dan ingin menceburi bidang perniagaan, ini bukan masa yang sesuai untuk melabur atau berniaga, sekiranya perniagaan anda tidak menelan kos, mulakan secara sambilan, jangan berhenti daripada pekerjaan.
4) Berhenti tabiat merokok, minum arak, berjudi, berfoya-foya atau barangan yang mengkhayalkan. Sekiranya anda tidak mampu menanggung kos sara hidup, anda tidak layak menikmati nafsu-nafsu yang penghujungnya adalah maut. Biarlah orang kaya sahaja yang menikmatinya kerana susu dan pendidikan anak jauh lebih penting, anggaplah ini satu pengorbanan yang paling besar kepada orang yang tersayang. Hasilnya amat memuaskan.
5) Kepada mereka yang tidak bekerja dan ingin mulakan perniagaan dengan modal yang kecil, hindarkan daripada berhutang. Belajarlah cara pengurusan akaun yang bijak. Pastikan anda kenal apa itu asset dan liability. Buatlah perancangan yang elok dan tepat. Jangan terburu-buru. Planning without action is a day dreams, action without planning is a nightmare.
6) Jikalau anda ingin mulakan perniagaan, ingatlah bahawa Negara kita sedang dibelenggu krisis ekonomi, wang berbillion-billion telah dipindah keluar Negara, wang di dalam Negara kita semakin berkurangan. Pilihlah perniagaan yang berasaskan tunai, tanpa hutang daripada sesiapa. Seelok-eloknya perniagaan yang berasaskan komoditi, seperti makanan atau bahan asas kehidupan. Jangan sesekali mencuba nasib dengan barangan yang baru di dalam pasaran kerana ianya bukan keperluan asas hidup. Barangan baru hanya sesuai untuk Negara yang tinggi gaya hidup mereka, mereka mampu mencuba barangan baru yang kononnya boleh meningkatkan lagi nilai dalam kehidupan mereka.
7) Pertanian dan perladangan juga salah satu bidang yang rendah risiko serta tinggi pulangan dengan syarat ianya berasaskan komoditi, bukan produk baru seperti kenaf, jatropha dan buah naga. Adalah disyorkan anda menceburi bidang yang telah terbukti pulangannya, contohnya seperti getah, kelapa sawit, ternakan ikan, ayam, lembu atau kambing, bidang ini telah terbukti selama beratus-ratus tahun malah ada yang beribu-ribu tahun lamanya. Hanya cara mengendalikannya perlu diperhalusi. Tetapi ini semua hanya sesuai kepada mereka yang memiliki tanah atau kawasan sendiri. Ianya tidak sesuai sekiranya anda ingin menyewa tempat atau membeli tanah secara berhutang.
8) Perniagaan yang berasaskan export adalah satu idea yang bagus pada masa kini. Contohnya pengexportan makan ringan ke Negara China. Export barangan hasil atau buatan Negara kita Singapura. Yang penting perdagangan secara tunai.
9) Kepada mereka yang ada simpanan dan bekerja, adalah dinasihati agar anda mempelajari ilmu pelaburan saham. Pastikan anda mempelajari pelaburan syarikat yang berasaskan kewangan yang stabil. Produk syarikat dan pengurusan yang telah terbukti keberkesanannya. Jangan melabur mengikut kata orang. Pilihlah syarikat yang membayar dividend tinggi. Jangan membeli saham syarikat yang mahal, pilihlah yang harganya di bawah NTA( net-tangible asset). Pastikan anda arif sebelum membuat keputusan.
10) Tingkatkan pengetahuan kita dengan membaca. Lebihkan bacaan anda dalam bidang kewangan dan ekonomi. Walaupun kita bukan ahli ekonomi, tetapi secara tidak langsung kitalah yang menjana ekonomi dan kita juga akan menerima kesan daripada ekonomi. Ahli ekonomi hanya mengambil kesempatan ke atas mereka yang tidak tahu tentang ekonomi dan kewangan di musim ketegangan krisis. Maka sesiapa yang tidak mengambil tahu apa yang berlaku akan menjadi mangsa.

Inilah ringkasan daripada saya yang juga mangsa daripada kenaikan minyak. Alangkah baiknya kalau pentadbir Negara kita dipilih dengan lebih bijak oleh rakyat yang sentiasa menjadi alat kepada mereka.

No comments: