Tuesday, June 17, 2008

Pemimpin hari ini

Bagi saya, Pak Lah dan Najib memang ada sesuatu yang lebih mendalam sehingga ia mengaburi rakyat. Begitu juga kisah-kisah politik negara hari ini, tidak kira apa parti sekalipun, apa yang kita nampak hanyalah satu lakonan. Tetapi apa yang penting sekarang adalah pemimpin manakah yang akan muncul selepas ini? Mungkin bukan dari UMNO lagi. Sekiranya UMNO meneruskan sandiwara yang tidak menjadi itu tanpa sedar, pihak lain akan memusnahkan UMNO dengan amat mudah sekali. Mungkin PM belum sedar apa yang sedang berlaku, beliau masih percaya bahawa beliau masih berkuasa, tanpa terlintas bahawa rakyat sedang melakukan sesuatu untuk menjatuhkan UMNO yang sememangnya telah kehabisan pemimpin yang berakal dan berwawasan. Tidak semestinya pembangkang sahaja yang mampu menjatuhkan UMNO, sebaliknya rakyat biasa yang tidak kelihatan, mereka semakin berakal, ilmu mereka tidak diketahui, pakatan mereka tidak dapat dihidu atau didengari. Kini pegetahuan rakyat bukan lagi berasaskan pendidikan dari sekolah, sebaliknya pendidikan yang tidak formal, lebih tepat dan lebih meluas. UMNO masih ingat yang mereka sentiasa menerajui politik negara, tanpa diketahui bahawa tindak-tanduk mereka yang angkuh dan tidak adil itu akan termakan diri-sendiri. Kita rakyat bukan bodoh, tetapi tidak mahu menentang, tetapi apabila dihimpit kuat-kuat, sehingga lemas, masakan anjing akan gigit tuan. Renung-renungkanlah.

No comments: