Friday, June 27, 2008

Malaysia Yang Akan Datang

1) Tiada perpecahan kaum, hanya bangsa Malaysia tetapi dengan agama dan tradisi asal yang unik. Bebas beragama, bebas bertutur.

2) Hanya satu jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan, tetapi pelajar bebas untuk memilih pelajaran bahasa masing-masing. Para pelajar semua adalah anak Malaysia.

3) Rakyat Malaysia bebas berbahasa.

4) Tiada polisi bumiputera atau non-bumiputera, setiap rakyat yang dilahirkan di Malaysia ialah anak Malaysia. Bukan anak Cina, bukan anak India, bukan anak Melayu dan bukan anak asli. Generasi kita yang lepas telah banyak berjasa kepada negara dan jasa mereka tidak dapat diukur, tiada yang lebih tiada yang kurang. Pulangan daripada jasa mereka harus dibahagikan sama rata.

5) Peluang pembelajaran yang lebih terbuka. Tidak terkongkong dengan agenda politik. Peluang pembelajaran yang tidak terhad.

6) Menjadi negara yang mesra pelabur. Pelabur tidak terkongkong dengan polisi yang tidak berasas, yang tidak stabil disebabkan ketidakstabilan politik (politik yang tidak matang) negara. Dengan itu peluang pekerjaan juga bertambah, peluang perniagaan turut meningkat. Kewangan juga akan kukuh.

7) Kehakiman yang tidak diragui. Keadilan yang tidak mengenali kedudukan dan kuasa.

8) System percukaian yang berpatutan dengan pendapatan rakyat yang lumayan. Taraf hidup yang memuaskan.

9) Jalanraya yang bebas tol, bebas cukai jalan dan bebas rasuah.

10) Pentadbiran yang matang, kukuh, berdaya saing dan amanah.

No comments: