Monday, June 30, 2008

Saya Anak Malaysia, Saya Bangsa Malaysia

Hai rakan-rakan senegara,

Di sini saya ingin berkongsi dengan semua yang tidak puas hati dengan rakyat bukan Melayu. Bapa saya berketurunan Cina generasi yang ke-6 di Kelantan dan kami dikategorikan sebagai Cina peranakan. Ibu saya berketurunan Siam yang sememangnya dikategorikan sebagai bumiputera kerana memang dalam sejarah, Kelantan suatu masa dahulu dimiliki oleh kerajaan Siam, dan dihadiahkan oleh Raja Chulalongkorn kepada British yang menjajah Tanah Melayu bersama dengan Pulau Pinang, Terengganu, Kedah dan juga Perlis sebagai tanda persahabatan. Bermakna memang tanah tumpah darah kaum Siam lah negeri Kelantan nih. Di Kelantan, Cina peranakan memang memilih loghat Kelantan sebagai bahasa perantaraan dan kami semua berkawan dengan kaum Melayu dan membesar di perkampungan Melayu. Malah sehingga sekarang saya merantau ke negeri orang, bersama rakan-rakan Melayu dan Cina peranakan, kami hidup susah senang bersama seperti adik-beradik. Malah di Kelantan ayah-ayah kami juga adalah rakan karib, pendek kata persahabatan kami telah akrab dari generasi sebelumnya.

Musim perayaan kaum Cina pula kami sediakan makanan tempatan seperti nasi dagang, gulai kawah yang dimasak oleh orang Melayu dan pengunjung pula kebanyakannya rakan-rakan Melayu dari merata tempat. Cina peranakan Kelantan memang seronok menghayati makanan tempatan seperti budu, ulam dan ikan bakar, terasa asyik pula dengan bahasa Melayu loghat kelantan, malah ada di kalangan kami yang memang tidak tahu berbahasa Cina kerana dari kecil berbahasa Melayu seperti bapa saya sendiri. Kami seolah-olah telah lupa yang nenek moyang kami datangnya dari tanah besar cina disebabkan diri saya dah pun keturunan yang ke-7.

Maka bolehkah saya ini dikira bumiputera? sedangkan sesetengah orang Melayu yang baru datang dari indonesia dua tiga generasi telah dikira bumiputera. Saya bukannya hendak menuntut untuk menjadi bumiputera seperti kaum Melayu, tetapi saya hanya ingin berkongsi situasi saya kerana ramai yang kurang memahami keadaan sebenar di negara kita ini. Bukan semua kaum Cina baru berlabuh kat Malaysia. Sebab nenek moyang saya datang sebelum Laksamana Cheng Ho yang berlabuh di Melaka, malah sebelum Laksamana Cheng Ho berlabuh di Melaka, beliau telah singgah di pantai Bachok, kerana beliau dapat tahu bahawa ada kaum Cina yang telah lama menetap di sana.

Mengikut sejarah, kaum Cina juga bukannya datang selepas perjuangan kaum Melayu, tetapi kaum Cina telah berjuang bersama kaum Melayu menentang Jepun ketika perang dunia ke-2. Kaum Cina juga menentang British, dan sama-sama menuntut kemerdekaan pada tahun 1957. Sebab itulah kaum bukan Melayu tetap diterima oleh Melayu pada masa itu.

Memang tidak dinafikan ada segelintir kaum Cina yang extream, terlalu taksuk dengan kecinaan mereka itu dan bersungguh-sungguh mempertahankan sekolah Cina mereka. Dari sini terlintas pula tanda tanya mengapakah sekolah Cina dan Tamil dibuka? Ianya buah fikiran British supaya adanya sekolah cina, melayu dan india supaya kita tidak bersatu. Dan hasilnya seperti hari ini, terbahaginya kaum Melayu, Cina dan India. Apabila di sekolah rendah, guru masing-masing mengajar anak murid masing-masing pro kaum masing-masing. Anak-anak dari kecil tidak dibenarkan bergaul dengan kaum lain. Sehingga terjadilah perpecahan kaum di negara. Mengapa pula buah fikiran British ini masih diamal sedangkan British telahpun balik ke kampung asal mereka? Inilah yang UMNO sedang gunakan iaitu dasar pecah dan perintah yang telah membolehkan UMNO berkuasa selama ini.

Apabila telah biasa diajar supaya pro perkauman, memang tidak akan wujudlah perpaduan antara kaum sedangkan jika dididik semenjak di bangku sekolah, memang anak-anak Malaysia akan jadi akrab antara satu sama lain. Seperti di negara dunia pertama, mana ada perpecahan kaum ataupun sekolah Cina, sekolah afrika, sekolah orang putih? Di Thailand pula mana ada orang Thai yang berketurunan Cina mengaku dirinya Cina? Bagi mereka diri mereka ialah Thai, jika mereka digelar Cina bermakna mereka rakyat negeri Cina. Begitu juga di Malaysia, saya tidak ingin digelar Cina sebab jikalau saya pergi ke negeri Cina pun orang sana bukanya menerima saya sebagai saudaranya, mereka akan memanggil saya orang MALAY. Sebab dari Malaysia. Kami berharap sangat dapat menjadi Bangsa Malaysia sepenuhnya dan bukannya harap sangat nak merebut hak orang Melayu nih walaupun kami membayar cukai yang sama malah lebih banyak dari orang melayu. Memang kami amat bersyukur dapat menetap di bumi ini tetapi tidak perlu diulang kata-kata yang kami ini datang untuk mengemis kerana ramai lagi Melayu juga pendatang yang lebih lewat daripada kami.

Ini bukan topik perkauman, tetapi saya ingin menghalusi setiap aspek negatif perkauman agar boleh difahami dan dikongsi bersama. Kalau tak percaya tanyalah saudara-saudara Melayu saya ini...(cuba teliti bahasa saya tidak kurang pun dengan orang Melayu sendiri)

Sekian terima kasih

2 comments:

Anonymous said...

Hang ni pantang dicabar noh, terus melantun biarpun yang mencabar tu dungu campur bodoh. Itulah suruh undi pembangkang tak nak, sekarang melalak, melolong. Kalu undi pembangkang, senang dapat tanah. Bumi dan tanah kan adik-beradik. tak dapat bumiputera, jadi Tanahputera pun oklah noh.

Jangan melantun sorang, ajak geng-geng Cina melantun dan melenting bersama. Kalau boleh pujuklah member dalam Gerakan yang tengah tidur tu.

MalayMind said...

I understand what you feel, but this social contract shall not be seen as a personal thing.

Some people is a good Malaysian citizen and would like Malaysian to be truly malaysian, regardless the race - that's you.

The problem with us now is the society.

The resistance to share and care is the main obstacle in developing the Malaysian that we want to.

For example, the chinese community have rejected Sekolah Wawasan - which the govt had thinked of to make sure our new generation can share their early years together.

The indian community on the other hand, making continuous threats to the govt as a resolution, despite the fact they are getting even more than what they can get in India itself !

And Malays on the other hand, knew that they do not have anything but politics to protect their interest and their people.

For me, all the big race have had their share. Chinese - economy, Malays - politics, Indian - free from kasta unlike in India, fair share of politics and economy.

As for the minority race - like yourself, it should be the govt that consists of Malays, Chinese and Indian who should decide. It should be a case to case basis and need not a policy in order to execute.

By the way, on your remark that Indonesian can easily get a Bumiputera status, it is not totally true.