Saturday, June 28, 2008

PAS tidak akan kekal

Sememangnya benar bahawa UMNO tidak layak untuk mentadbir negara. Tetapi rakyat juga kurang yakin dengan kemampuan Pakatan Rakyat kerana berlaku banyak percanggahan idea antara parti komponennya. PAS ialah sebuah parti yang berasaskan agama Islam, sedangkan ramai lagi rakyat yang bukan Islam. Memang mustahil bagi PAS untuk menguasai negara, ianya bercanggah dengan kedudukan negara yang pelbagai kaum dan agama. Begitu juga dengan UMNO yang berunsurkan kaum Melayu. Parti yang akan mentadbir pada masa akan datang hanyalah parti pelbagai kaum dan bukannya parti yang berfikiran sempit. Pemimpin-pemimpin parti haruslah berfikiran terbuka, pandanglah setiap aspek dalam negara, bukan sekadar melihat kepentingan pada diri sendiri. Parti yang berunsur perkauman dan agama adalah parti yang mementingkan diri-sendiri. Parti sebegini hanya mementingkan kaum dan agama mereka sendiri tanpa mengambil kira kaum dan agama yang lain. Sebaliknya mereka menganggap kaum lain hanya datang menumpang di bumi mereka. Agama Islam juga datangnya dari tempat lain, orang Melayu juga datangnya dari tempat lain, jadi tiada bezanya semua rakyat Malaysia. Ada pula mereka yang dengki dengan pencapaian kaum lain di negara ini dengan menganggap kaum lain itu hanya mengemis di bumi ini, mungkin mereka ini terlalu pentingkan diri sehingga kebuntuan, mereka tidak tahu dari mana economi negara dijanakan, mereka tidak memahami mengapa kaum lain ditawarkan kerakyatan pada tahun 1957, sekiranya kaum lain itu tidak ada kepentingan, masakan pemimpin masa itu memberikan tawaran tersebut? Itulah yang seharusnya difahami dan semua rakyat adalah Bangsa Malaysia. Selagi perkara ini masih belum difahami oleh rakyat maka masih jauh lagilah perjuangan kita.

2 comments:

Anonymous said...

Parti perkauman ialah parti otak sempit yang kerjanya mempertahankan kaum sendiri dan kroni-kroninya. Semua benda diperjuangkan untuk kaumnya saja.

Manakala parti pelbagai kaum pula cenderung menumpukan satu kaum sahaja. Nama sahaja pelbagai kaum tetapi hakikatnya dikepit di bawah ketiak kaum yang dominan.

Parti agama lagilah sewel. Semua perkara ditafsir ikut lunas agama. Nafas masuk akhirat, nafas keluar akhirat. Biar papa kedana di dunia tak apa asalkan di akhirat dapat hidup senang bersama bidadari di syurga.

MalayMind said...

Sert arjuna,

You have said it loud and clear.

But the problem is, what's the best solution?