Thursday, June 26, 2008

Perkauman Tidak Akan Kekal

Saya mewakili rakyat pelbagai kaum, bangsa Malaysia. Kami tidak suka mendengar kata-kata yang berbaur perkauman, di mana beberapa parti politik amat gemar sekali menggunakan isu perkauman untuk menyelesaikan masalah kaum tertentu. Bersatu atau berpecah bukan sahaja pada sesuatu kaum, malah ianya harus dibincang dalam bentuk menyeluruh. Ianya merangkumi seluruh bangsa Malaysia. Isu perkauman tidak popular lagi pada masa akan datang, pendek kata parti politik yang berasaskan perkauman tidak akan bertahan lagi pada masa yang singkat. Ini adalah kerana dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh UMNO dulu tidak lagi menjadi apabila rakyat semakin sedar dan berani.

Kesedaran rakyat tentang permuafakatan antara kaum semakin tinggi. Suatu hari nanti, hanya 2 parti politik yang tinggal, iaitu parti yang mentadbir dan parti yang membangkang. Tiada lagi parti Melayu, parti Cina, parti India atau parti agama. Ini adalah kerana rakyat yang dikategorikan sebagai Non-Bumi juga ada hak yang sama dengan yang Bumi di mana nilai undi mereka adalah sama. Malah perbezaan antara Bumi dan Non-Bumi juga sentiasa menjadi tanda soal, kerana polisinya telah meenimbulkan keraguan.

Saya sebagai keturunan yang ke tujuh semenjak moyang saya dari China, tetap dikategorikan sebagai non-Bumi, sebaliknya Melayu yang menjadi keturunan yang ke dua atau ke tiga telah menjadi Bumiputera sepenuhnya dan menikmati pelbagai kelebihan dalam negara yang didiami lebih pendek daripada keluarga saya. Ini tidak akan menjadi masalah kepada kita kerana keluarga kita telah dilatih supaya sentiasa tabah dan berani. Kita akan bangkit tidak kira di mana jua, dan usaha kita tidak akan sia-sia.

Saya percaya bahawa perubahan akan berlaku ketika perpecahan sedang berlaku, tidak harus disatukan benda yang telah pecah, mereka telah tidak mempercayai satu sama lain, ini lah proses penyatu-paduan negara yang sedang berlaku secara besar-besaran. Ia mungkin akan menyakiti sesuatu kaum, tetapi kebaikan yang akan berlaku itu akan berkekalan. Jadi tidak perlu lagi kita sebutkan isu perpecahan kaum, kerana setelah ianya berpecah baru lah ia akan bersatu semula dengan bangsa yang baru iaitu bangsa Malaysia.

No comments: