Monday, June 23, 2008

Kemiskinan

Status kemiskinan pula menjadi isu hangat setelah kenaikan harga minyak dan harga makanan yang telah menjejaskan kos sara hidup rakyat. Inflasi yang tidak dapat dibendung menjadi musuh utama penduduk miskin dan sederhana, sebaliknya akan menjadi kesempatan kepada kaum berada. Tahap kemiskinan negara 5.7% yang dikemukakan oleh kerajaan sememangnya satu jenaka. Kemiskinan yang berleluasa di negara kita dapat dilihat dengan mata kasar. Adakah mereka yang menganggur diambil kira? Adakah ibu-ibu tunggal diambil kira? Bagaimana pula dengan mereka yang hilang upaya? Kita juga dapat melihat penduduk-penduduk kampung yang memang tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Populasi di luar bandar yang jarang ditemui ini jika diambil kira akan memeranjatkan kita. Berapa sangat pendapatan isi keluarga mereka? RM300? Pendapatan yang tersangat rendah yang akan menggugatkan pelajaran anak-anak. Inilah yang menyebabkan rakyat di negara kita yang buta ilmu. Memang kita dapat lihat peningkatan pencapaian pelajar-pelajar dari tahun ke tahun, tetapi adakah ianya mengikut standard yang betul? Adakah lepasan-lepasan yang cemerlang ini berkemampuan untuk menyumbang kepada masyarakat? Atau pun langsung tidak mampu untuk menjaga diri sendiri? Kita juga dapat melihat ramai lepasan-lepasan pengajian tinggi yang cemerlang tetapi tidak berjaya dalam karier yang diakhiri dengan muflis. Amat sedih sekali apabila pemuda kita yang berkebolehan menambahberatkan lagi tahap kemiskinan di negara kita. Ini perlu dihalusi supaya kita dapat mengguna sumber kekuatan yang ada iaitu sumber manusia. Dengan mempermodalkan insan negara kita akan maju dari segi mentaliti yang akan menerajui ekonomi negara. Kemiskinan sifar adalah menjadi tanggungjawab semua penduduk di bumi ini, agar generasi baru dapat menikmati usaha kita hari ini.

No comments: