Wednesday, August 27, 2008

Reformasi

Rakyat memang hauskan perubahan. Terutama mereka yang terasa diri sendiri bagaikan rakyat kelas kedua. Kepada mereka yang terasa diri sendiri tertindas oleh warga sendiri akan melakukan apa sahaja agar segala-galanya berubah, termasuklah mengubah pentadbiran sekiranya diberi peluang. Kepada mana-mana pemimpin yang sanggup untuk membawa kepada keadilan, rakyat tetap akan menyokong.

"Ketuanan Rakyat" menjadi bara kepada mereka yang tertidas. Rakyat tidak mahu lagi pentadbiran yang ditadbir oleh parti berasaskan perkauman. Rakyat akan menjadi berani sekiranya mereka terasa hak mereka dirampas. Biar apa pun terjadi, asalkan perubahan berlaku, peluang baru muncul. Sekiranya dibiarkan pentadbiran UMNO diteruskan, golongan tersisih akan tersisih selama-lamanya.

Tiada lagi ruang bagi 'opportunis politik' yang berlompat-lompat parti. Para jutawan UMNO akan menghadapi kesukaran mengharungi kehidupan melainkan berlompat pula ke parti lawan. Tetapi ini tidak sepatutnya berlaku mengikut amalan meritokrasi. Revolusi akan menandingi evolusi yang selama ini berlaku dalam BN. Tetapi cita-cita politik parti-parti lawan juga akan menjadikan keadaan tidak menentu. Ianya terletak di atas tangan PM baru bagaimana menangani keadaan sebegini kerana Pakatan Rakyat belum menunjukkan kematangan dalam pentadbiran.

Apabila Pakatan Rakyat berkuasa, ekonomi negara akan berubah, perubahan yang merunsingkan kerana politik dalam Pakatan Rakyat akan berlaku menyebabkan pelabur berasa tidak selamat. Polisi-polisi institusi kewangan akan berubah. Organisasi syarikat-syarikat GLC juga akan berubah, menyebabkan banyak isu peralihan kuasa akan berlaku. Ini akan menjejaskan dunia koporat dan secara langsung ekonomi akan bergolak.

Datuk Seri Anwar Ibrahim harus meneliti setiap aspek ini sebelum menubuhkan pentadbiran. Persediaan awal amat penting agar keadaan buruk tidak akan memburukkan rakyat yang tidak bersalah. Jangan hanya mementingkan jawatan sehingga sanggup berjanji apa sahaja kepada sesiapa. Biarlah perubahan yang berlaku akan memberi keuntungan kepada semua, bukan kepada sebilangan orang yang berkepentingan sahaja. Jangan lupa rakyat yang memberi sokongan itu mengharapkan keadilan yang betul-betul adil.

3 comments:

Demo jerr said...

second wave?

Salam Kemerdekaan dari slumbeR@J@!

wanna exchange link? slumbeR@J@!

Anonymous said...

Perubahan pasti akan berlaku. Kesusahan jangka pendek lebih baik daripada kesusahan berpanjangan.

Unknown said...

Memang tepat sekali pendapat tuan, tetapi dalam process perubahan mesti ada kesusahan, dan golongan yang ada kepentigan diri tetap akan membantah. Semestinya ini adalah untuk kebaikan semua rakyat dan bagi jangka masa yang panjang.