Thursday, August 21, 2008

Apa Akan Berlaku Sekiranya Perpaduan Kaum Terus Dibantah?

Apabila kaum bukan Melayu menuntut untuk disatukan kaum-kaum yang pelbagai kepada Bangsa Malaysia, orang Melayu bantah habis-habisan kerana tidak ingin membahagikan hak mereka sama rata. Pelbagai alasan diberi termasuklah menuduh kaum lain sebagai pengemis, pendatang dan banyak lagi. Tetapi apakah kesan jangka masa panjang yang akan berlaku sekiranya Bangsa Malaysia tidak berjaya diwujudkan atau jika keistimewaan Kaum Melayu terus dipertahankan?

Kita boleh melihat sendiri sekarang bahawa ramai orang cerdik pandai telah meninggalkan negara kita dan bermastautin di negara-negara di mana isu perkauman tidak wujud. Tetapi perkara sebegini tidak diambil berat oleh mana-mana pihak pun. Kebanyakannya terdiri daripada kaum-kaum bukan Melayu. Begitu juga pelabur-pelabur atau ahli perniagaan yang berjaya, akhirnya akan berhijrah ke tempat lain yang taraf hidupnya lebih tinggi. Begitu juga dengan Kaum Melayu sendiri, mereka juga memilih untuk meninggalkan negara ini apabila dirasakan negara kita tidak sesuai dengan mentaliti mereka.

Jikalau ini terus berlaku, negara kita akan ketandusan pemimpin, ketandusan modal insan yang berkualiti. Akhirnya Malaysia hanya didiami oleh Kaum-kaum Melayu yang masih ketinggalan zaman. Kemiskinan juga akan terus meningkat kerana tiadanya memangkin ekonomi, tiadanya ahli perniagaan yang menjana pendapatan kepada Kaum-kaum Melayu sendiri. Ini telah terbukti kerana sememangnya wang yang kerajaan sedang gunakan untuk memelihara Kaum melayu itu kebanyakan adalah daripada pembayar cukai bukan Melayu. Sekiranya kaum-kaum bukan Melayu terus ditindas, mereka akan meninggalkan negara ini( di mana orang Melayu suka) dan menabur benih di negara lain. Maka tiada lagi wang untuk memelihara Kaum Melayu dan Melayu sendiri akan mula berpecah dan bertengkar sesama sendiri kerana sememangnya beginilah cara orang Melayu menghadapi masalah.

Kaum Melayu suka menuduh kaum bukan Melayu datang ke Malaysia untuk 'cari makan' di sini, tetapi jangan lupa bahawa orang bukan Melayulah yang sedang memberi makan kepada Melayu hari ini. Sebab itulah Tun Dr. Mahathir dahulu amat mementingkan dan mempertahankan hak-hak kaum bukan Melayu, kerana beliau memahami kepentingan mereka di Malaysia. Pada masa itu tiadapun sesiapa yang memekik perkataan 'Ketuanan Melayu', ianya hanya mula dipekikkan oleh orang Melayu pada pentadbiran Paklah, kerana dirasakan perpecahan Kaum Melayu sendiri yang bermula daripada UMNO.

Mengapa Paklah tidak mampu mempertahankan pentadbiran yang sebelum ini agak stabil? Ini adalah kerana Paklah tidak mempunyai pendirian yang teguh, beliau hanya mengikut kepada suara ramai. Kalau diikut suara ramai, memanglah Kaum Melayu yang paling ramai dan ini akan mengecewakan kaum bukan Melayu, justeru itu apabila kaum bukan Melayu mula tidak memberi kerjasama kepada beliau, orang Melayu mula longgar. Itulah yang menyebabkan Melayu berpecah sekarang, kerana kaum bukan Melayu dipinggirkan dan diselekehkan. Tetapi kesilapan ini tidak ditelitikan oleh sesiapapun. Dan selagi itu keadaan akan menjadi semakin kritikal.

Kehancuran yang besar akan berlaku, perubahan atau tsunami yang lebih hebat akan berlaku dalam politik negara. Kesedaran di antara kaum bukan Melayu akan semakin tinggi, mereka akan bersatu dalam bentuk yang lebih gagah. Ini juga akan disertakan dengan Kaum Melayu yang berfikiran terbuka. Sekiranya Kaum Melayu terus memendamkan diri dalam tempurung, selagi itu generasi baru mereka akan hidup dalam negara yang miskin seperti Burma, Vietnam atau Kemboja.

2 comments:

Anonymous said...

Krisis politik dan perselisihan kaum yang kritikal akan melanda negara kita suatu hari nanti. Malah titik peralihan dalam perpaduan nasional akan berlaku seandainya Pakatan rakyat betul-betul bentuk kerajaan pada 16 September ini. Pihak yang tewas pasti akan memporak-perandakan perpaduan kaum agar rakyat tak aman di bawah kerajaan PR. Sekarang pun "operasi pembersihan" ke atas pemimpin PR mula dilakukan oleh BPR.

Unknown said...

Pak Lah mesti tegas dalam hal ini, kalau tidak, sekali lagi dia diketegorikan sebagai peminpin yang lemah. Kalau beliau gagal menyelesaikan masalah utama negara ia itu menyatupadukan semua kaum, bagaimana tangapan negara asing terhadap beliau untuk meyelesaikan masalah lain yang lebih merumitkan.