Wednesday, August 20, 2008

Rumusan Perdebatan YAB LIM Dan Tan Sri Dr Koh

Perdebatan di antara dua tokoh Pulau Pinang baru berlangsung. Telah jelas kita nampak kemantapan butir-butir yang diberi oleh Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Setiap soalan atau tuduhan yang dituju oleh YAB Lim Guan Eng dijawab dengan tepat dan bernas, terbuktinya kematangan politik Koh dalam mengendali pentadbiran. Sebaliknya Lim yang baru memegang jawatan nombor satu di Pulau Pinang nampaknya kuat berputar belit tanpa fakta yang kukuh dan ketandusan modal. Setiap isu yang diutarakan sekadar untuk menarik minat penduduk pulau tersebut. Petah YAB Lim berbalik cerita yang sama. Sepatutnya beliau harus memperkukuhkan lagi fakta sebelum membuat perbahasan terbuka. Apabila beliau mengatakan yang beliau telah mengajak Dr Koh untuk berjumpa di pejabat atau di rumah seolah-olah beliau ingin membincangkan sesuatu secara rahsia. Kelutsinaran dan kebijaksanaan pentadbiran yang lalu harus ditelitikan, rakyat berbalik kepada pembangkang bukan kerana pentadbiran Pulau Pinang yang lalu tidak bagus tetapi pentadbiran persekutuan yang telah mencemarkan keadaan, sekaligus membuka peluang kepada parti pembangkang tidak kira parti mana calon mana. Kemenangan DAP di Pulau Pinang belum stabil kerana rakyat masih ragu-ragu dengan pentadbiran pemimpin baru yang kurang berpengalaman. Daripada perdebatan dua tokoh tersebut telah menampakkan bahawa Lim sekadar ingin mencari salah lawan untuk menyelamatkan jawatannya dan bukan demi kebaikan rakyat kerana tuduhan beliau langsung tidak berasas. Tetapi beliau mengatakan bahawa keputusan rakyat pada pilihan raya yang lepas telah membuktikan siapa betul dan siapa salah, ini sebenarnya tidak tepat sama sekali kerana rakyat hanya menunaikan hak mereka untuk memilih dan bukannya menunjukkan kebenaran. Manalah tahu penggal depan Koh pula yang menjadi pilihan rakyat, adakah masa itu terbukti pula DAP bersalah? Lim juga ada menyatakan bahawa beliau akan menghapuskan kemiskinan di Pulau Pinang dalam masa setahun, adakah ini akan menjadi kenyataan? Atau sekadar menanam tebu di bibir? Setahun amatlah singkat, sekiranya beliau betul-betul berjaya mensifarkan kemiskinan dalam jangka masa satu tahun di Pulau Pinang, kami rakyat miskin di seluruh negara akan berhijrah dan bermastautin di Pulau Mutiara tersebut, dan pastikan kemiskinan tetap sifar. Adakah ini logik? Sedangkan Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah pun masih tinggi kemiskinan. Menghapuskan kemiskinan memerlukan perancangan ekonomi jangka masa panjang, kemiskinan hanya dapat dihapuskan dengan ilmu, rakyat harus berilmu baru kemiskinan dapat diatasi. Kita harus menanam ilmu kepada generasi baru dan generasi inilah yang akan menghapuskan kemiskinan kelak. Rakyat kita sekarang bukanny tidak berilmu tetapi sistem pelajaran di negara kita masih lemah. Menyebabkan angka buta huruf masih tinggi, dan mereka yang boleh membaca pun kurang pendedahan ilmu luar. Inilah yang mengehadkan ilmu pengetahuan di negara kita. Inilah yang dikatakan janji-janji politik, kata senang, kotakanlah. Jadi sama-samalah kita buat penilaian dengan bijak yang mana putih dan yang mana hitam, tidak kira siapa juga yang menang, yang penting siapa yang bersih dalam memegang amanah rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

Dari segi pengalaman, Sdr. Koh ada kelebihan. Lim pakar bantah saja. Sejak dulu dia diajarkan untuk bantah rancangan kerajaan. Kematangan politiknya masih kurang. Tapi pendekatan "mesra rakyat" yang diterapkan ke dalam pentadbiran akan mempopularkan dirinya.