Tuesday, August 12, 2008

Kemusnahan Politik Kerana Tradisi Yang Salah

UMNO memang sedang berdepan dengan ajal. Mungkin kerana Allah menyayanginya. Sikap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang telah menjadi tradisi kekal dan tidak dapat diubah. Mereka masih tidak mengenal erti logik. Mereka masih percaya cerita kolot Paklah. Sebenarnya saya percaya tiada guna lagi siapa yang akan menjadi president UMNO, organisasi yang sudah tiada harapan. Begitu juga dengan parti komponen BN yang masih tidak sanggup menerima kenyataan. Kepada mereka yang kalah teruk memang telah menerima kenyataan. Pihak pembangkang yang merupakan opportunis akan mendapat peluang yang besar untuk memenangi kerusi pentadbiran. Apa akan berlaku sekiranya Anwar Ibrahim menjadi PM? Adakah beliau betul-betul berpegang pada prinsip meritocracy? Adakah beliau betul-betul mampu memimpin? Mengapa pula beliau cuba membawa Malaysia ke kancah hutang IMF/World Bank pada tahun 1998? Boleh harap ke nih? Saya tidak peduli apa yang beliau buat peribadi(sodomi ke, disodomi ke...), kerana perkara itu tidak akan menjejaskan economi negara. Pemimpin-pemimpin lain juga tiada bezanya, kalau tak liwat pun mesti ada perangai buruk masing-masing, tidak perlu tuduh-menuduh, semua sama-sama manusia. Yang penting rakyat hidup selesa, setiap sen yang dibayar oleh pembayar cukai dapat dinikmati oleh semua sama rata. Rakyat inginkan pentadbiran yang lutsinar, tetapi rakyat tidak akan meminta supaya perkara peribadi pentadbir dilutsinarkan, tiada faedahnya. UMNO terlalu keruh, pembangkang pula terlalu lutsinar sampai projek peribadi pemimpin pembangkang pun dilutsinarkan. Tiada satu pun yang boleh diharap oleh pembayar cukai. Apatah lagi pelabur, sekiranya mereka tiada apa-apa terikat di negara kita, masakan mereka akan terus melabur? Tetapi ada bagusnya UMNO begini, bukan setakat pemimpinnya, tetapi ahli-ahlinya juga memerlukan pengajaran. Sifat-sifat pemimpin yang kuat rasuah, kronisme, salahguna kuasa, sifat-sifat ahlinya pula yang kuat membodek, penakut, pak turut, tidak pandai berfikir dan menilai dengan minda sendiri, senang dibeli dengan harga murah... Siapakah yang menanam sikap ini di dalam UMNO? Pemimpin-pemimpin yang terdahulu juga. Mengikut hukum alam, setiap perkara yang terjadi akan ada karma di sebaliknya. UMNO sedang mengalami krisis yang memecah-belahkan kaum kesayangan sendiri. Memang inilah yang dinanti-nantikan oleh musuh-musuh UMNO. Seperti apa yang Khairi sebut, dia akan menghapuskan semua pembangkang. Sekarang senjata sudah makan tuan, kerana mulut jawatan binasa. Sebenarnya kita tidak perlu bermusuh dengan sesiapapun, kerana musuh utama kita semua hanyalah satu, kemiskinan.

1 comment:

Anonymous said...

Sudah lama kita beri peluang kepada UMNO-BN baiki diri. Kalau tidak silap pada tahun 1990 rakyat sudah beri pengajaran berguna kepada BN tetapi mereka masih leka dan megah dengan kuasa yang ada. Mereka lebih utamakan jawatan dalam parti daripada kebajikan rakyat.

Kerana kepimpinan yang lemah rakyat menjadi mangsa. Perbelanjaan negara tidak terkawal. Maklumlah duit rakyat bukan duit mereka. Banyak projek yang membazir. Misalnya, MRR2 rosak, baiki RM70 juta, rosak lagi tetapi anehnya tiada siapa yang harus dipertanggungjawabkan. Alasan mudah kerana banyak lori menggunakan jalan tersebut. Jalan raya dengan kos pembinaan bilion ringgit tidak boleh dilalui lori? Tak masuk akal, beb.

kalau BN betul-betul jujur, arahkan BPR masuk siasat mungkin ada penyelewengan. Tetapi haprak. Projek terlalu besar, BPR tak terdaya nak masuk dekat.

Oleh itu, kita bagilah peluang kepada Anwar Ibrahim untuk merealisasikan visi ketuanan rakyat dan meritokrasinya. Saya yakin kalau parti lambang bulan tidak belot, Anwar Ibrahin boleh jadi PM. Tetapi pemimpin berjubah hijau tu bukan boleh percaya sangat. Sekarang pun sudah mula tarik kaki Anwar Ibrahim sebab depa sendiri nak jadi PM atau TPM.

Al-hidayat, al-maklumlah dalam politik semua orang termasuk aku memang bercita-cita nak jadi PM! Saudara bagaimana?