Tuesday, August 19, 2008

Debat: Lim Guan Eng VS Koh Tsu Koon

Kedua-duanya amat dihormati oleh ahli dalam parti masing-masing. Walaupun Koh telah kalah pada PRU yang lepas, tetapi jangan dipandang rendah kebolehan beliau yang telah terbukti dari kejayaan Negeri Pulau Pinang yang maju dan menjadi pilihan pelabur asing selama ini. Lim pula walaupun baru mentadbir tetapi ketabahan beliau yang tidak pernah putus asa menentang pentadbiran BN, telah memenangi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang. Alangkah baiknya jikalau kedua-dua mereka bekerjasama menggunakan kebijaksanaan masing-masing untuk membantu rakyat. Mereka mempunyai persamaan di mana kedua-dua mereka adalah berjiwa rakyat dan betul-betul bekerja keras untuk kebaikan rakyat. Tetapi kerana kesilapan percaturan politik negara, DAP dan Gerakan menjadi lawan. Apa gunanya kita berlawan sesama sendiri? Sedangkan musuh kita hanyalah satu iaitu KEMISKINAN.

No comments: