Friday, September 19, 2008

Selamatkan Diri Daripada Krisis

Mengapa krisis kewangan global berlaku serentak dengan krisis politik negara? Krisis yang sama juga telah berlaku di Thailand. Ini telah menyebabkan panik di antara rakyat dan juga pelabur asing. Setiap hari akhbar menyiarkan berita yang membimbangkan dan ianya telah memberi banyak tanda tanya sama ada apa akan berlaku seterusnya? Adakah ini akan memberi kesan kepada kehidupan harian kita semua? Adakah kesan itu dapat dibendung atau dielak?

Pada pendapat saya, negara kita akan mengalami tamparan yang sangat kuat berdasarkan keadaan pentadbiran kita hari ini. Jika dibandingkan dengan Singapura, walaupun mereka kerugian beratus billion dolar tetapi dengan pentadbiran yang kukuh besertakan dengan kekayaan mereka, negara cili padi itu masih kuat dan boleh bertahan. Tidak seperti negara kita yang masing-masing ahli politik mementingkan kepentingan peribadi tanpa mengambil endah kestabilan ekonomi negara dan keadaan rakyat. Keangkuhan sehinggakan sanggup menggunakan apa jua kuasa yang diamanahkan oleh rakyat tanpa menjaga perasaan akar umbi.

Biarlah apa yang akan berlaku pada politik negara, ianya tidak penting lagi, yang penting adalah kita semua harus berdikari dan menjaga ekonomi masing-masing tanpa mengharapkan sesiapa terutama pentadbir negara. Keadaan krisis kewangan dunia tidak dapat dielak oleh sesiapa pun walaupun negara yang berkuasa. Keadaan ini akan berterusan sehingga segala-galanya musnah. Krisis ini hanya akan pulih setelah permintaan dan bekalan komoditi dunia seimbang. Sekurang-kurangnya sepuluh tahun. Kita akan mendapati tahap pengangguran meningkat dan menyebabkan kuasa pengguna menurun, permintaan keatas barangan bukan komoditi akan menurun dan akhirnya menyebabkan pengangguran terus meningkat.

Keadaan sebegini akan memberi peluang kepada mereka yang kaya terus menjadi lebih kaya dan yang miskin akan semakin miskin. Inflasi terus meningkat dan akhirnya negara akan muflis jika politik tidak dipulihkan dengan segera. Politik hanya akan pulih apabila para pentadbir bersepakat dan memegang amanah dengan penuh tanggungjawab. Amanah yang diberi oleh rakyat dan juga pengetahuan adalah penentu masa depan negara. Kebijaksanaan Tun Dr Mahathir pada krisis kewangan yang lalu pada tahun 1997 dan 1998 telah terbukti bahawa beliau dapat menangani isu global dengan matang sekali. Begitu juga dengan bekas perdana menteri Thailan Thaksin yang telah menyelamatkan Thailand daripada IMF. Tetapi ini semua tidak diendahkan oleh rakyat ataupun pemimpin sekarang. Sejarah akan terus berulang dan sekiranya kita tiada kesedaran, sejarah baru akan berlaku apabila keadaan menjadi seperti Myanmar. Bersiap sedialah kita menghadapi apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku.

2 comments:

Anonymous said...

Sebelum krisis kewangan, kek kita besar boleh kongsi semua orang. Karang kek kita sudah kecil, KJ sorang pun dah tibai separuh. Jadi ramai tak dapat makan. Itulah puncanya kita jadi kecoh dan gaduh sebab makan tak kenyang.

Yang kerja tak cukup makan, yang menganggur tak ada makan, dan yang dah pencen macam madey pun belum puas makan.

Soalnya, orang yang tahu makan ramai tapi yang tahu buat kek itu sikit. Ini belum campur dengan yang malas buat, yang tunggu orang suap - "aku ada hak special, orang kena suap bagi aku makan!" Piiiirah!

Fortune Thinker said...

Buat kek ramai yang tak tahu, berak aje semua pandai.