Monday, December 1, 2008

Satukan Sistem Persekolahan

Satukan semua jenis sekolah kepada sekolah kebangsaan, inilah pandangan bernas Datuk Mukhriz Mahathir terhadap sistem persekolahan di negara kita. Satu-satunya cara untuk mencapai perpaduan negara, iaitu mengasuh anak-anak Malaysia daripada rebung supaya bersatu-padu. Saya percaya ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wira-wira perkauman. Setakat mana mentaliti masyarakat Malaysia dapat diuji di sini, satu pengorbanan yang besar demi pulangan yang tidak ternilai. Ianya bagaikan hadiah kepada anak-anak kita pada masa akan datang. Saya malas mengulas lanjut, bersama-samalah kita renungkan kebahagiaan anak-anak kita kelak yang jauh daripada isu perpecahan kaum. Isu perkauman hanya akan tinggal sebagai mitos bagi mereka pada masa itu. Saya sokong seratus peratus.

2 comments:

Anonymous said...

Apek dekat rumah saya bilang dia tak mahu hantar anak ke sekolah Melayu (sekolah kebangsaan) kerana takut anaknya jadi Melayu. Saya kata jadi Melayu bagus, ada banyak keistimewaan, termasuk pinjaman tak perlu bayar balik.

"Itu macam kah, bagus lho!" Dia sengih-sengih, kemudian geleng-geleng."Aiya, jadi Cina lagi baik, senang cari makan."

"Kenapa, jadi Melayu susah cari makan?"

"Itu sampah Cina boleh bikin jadi duit. Melayu kah ...?" Apek geleng-geleng kepala.

Fortune Thinker said...

kerana apek-apek negara kita berfikiran macam tu yang menjadikan orang Melayu tak nak terima orang Cina, orang Cina tak suka Melayu, tetapi nak mintak kesamarataan hak dengan Melayu, tunggu aje lah. Dia hanya nampak keburukan orang, tetapi bukan diri-sendiri. Hipokrit.