Wednesday, October 8, 2008

Formula RAHMAN Lengkap

Tahniah kepada Perdana Menteri kita yang akhirnya membuat satu keputusan yang amat berani dengan tidak menandingi jawatan Presiden UMNO March ini. Beliau yang selama ini bertungkus lumus menyelamatkan UMNO dengan 'caranya yang tersendiri' akhirnya terpaksa menurut permintaan rakyat agar beliau membuka jalan kepada pemimpin baru. Dengan itu dapatlah parti-parti komponen BN mengukuhkan kembali kedudukan politik masing-masing. Akan tetapi, punca sebenar kejatuhan BN mungkin bukan kerana Perdana Menteri tetapi menantu beliau yang sentiasa mengawal tindak-tanduk Perdana Menteri, dengan itu rakyat masih tertanya-tanya bagaimana pula dengan 'Si Khairi'? Rakyat tidak memerlukan kehadiran atau kepimpinan Khairi dalam negara. Mimpi ngeri rakyat adalah sekiranya Khairi memenangi jawatan ketua pemuda UMNO. Bagaimana pula dengan strategi Anwar Ibrahim? Adakah rancangan beliau masih berjalan lancar? Adakah senarai nama ahli parlimen beliau masih di dalam tangan? Peluang Anwar masih kukuh kerana reputasi Najib juga tidak kurang daripada Pak Lah. Tetapi kita masih berpeluang melihat kebolehan Najib dalam menangani isu politik negara dan ekonomi dunia. Dalam keadaan kegawatan ekonomi yang serius ini, keputusan yang bijak amat penting supaya negara kita terselamat daripada tamparan krisis kewangan dunia. Beliau juga harus menerima nasihat Tun Dr Mahathir yang lebih berpengalaman dalam menangani isu krisis. Kita sama-sama lihat apa pula senario seterusnya.

2 comments:

Anonymous said...

RAHMAN. Formula menipu, tahyul dan mitos. PM ke-6 kita (?) Mohamad Najib (M bukannya N). Tapi orang panggil Najib.

Fortune Thinker said...

UMNO itu keramat, pun tahyul campur mitos jugak.