Wednesday, December 3, 2008

Kemerosotan Pulangan KWSP- Rakyat Tertipu Lagi

Memang saya telah mendugai, wang KWSP para pekerja berada dalam keadaan risiko tinggi. Pulangan pelaburan telah merosot sebanyak 60 peratus, kononnya disebabkan oleh krisis ekonomi dunia. Beginilah cara orang dalam pentadbiran negara kita buat untuk menjadi kaya. Mereka terus memperdayakan para pekerja yang kurang arif tentang ekonomi dan pelaburan. Sebenarnya kebanyakan syarikat-syarikat yang sihat dan menunjukkan keuntungan tahunan yang tinggi tidak akan teragak-agak mengeluarkan dividen yang tinggi, walaupun harga saham menurun. Dividen yang ditetapkan adalah mengikut jumlah unit saham, bukan mengikut harga saham semasa. Contohnya 1unit saham yang menetapkan dividen sebanyak 10sen setahun, tidak kira harga saham tinggi atau rendah ia tetap memberi dividen yang sama. Ini bermakna pada harga saham yang rendah, dividen seharusnya meningkat. Kalau kita perhatikan dividen yang ditawarkan kini amat tinggi sekali, sehingga mencecah belasan peratus daripada harga saham semasa. Seharusnya KWSP tidak akan menghadapi masalah kemerosotan pulangan kecuali syarikat yang dilaburkan adalah syarikat GLC yang perniagaannya rugi ataupun ada kesilapan berlaku yang secara tidak sengaja mengkayakan kroni-kroni pentadbir. Wang RM 5 billion yag dikeluarkan untuk pelaburan oleh Najib telah membuktikan sesiapa sahaja dalam pentadbiran mempunyai kuasa untuk mengeluarkan wang simpanan pekerja tersebut, bagaimanakah mereka melaburkan wang milik pekerja-pekerja ini? Adakah ValueCap Sdn Bhd melutsinakan pelaburan wang KWSP tadi? Nampaknya rakyat Malaysia kena buat seperti Thailand, tetapi saya percaya rakyat Malaysia tidak sebodoh itu. Dengan ini, saya tidak lagi menaruh harapan ke atas simpanan hari tua saya melalui sistem KWSP yang merompak rakyat dengan mengeklpoitasikan para pekerja.

1 comment:

Anonymous said...

Inilah yang dikatakan perompak terhormat yang berlesen. Selagi perompak ini ada dan berkuasa selagi itulah rakyat akan terus diperdayakan.

Jadi, terpulanglah kepada kita sama ada akan terus pilih perompak tadbir negara atau tukar orang lain yang lebih beramanah?

Contoh yang paling baik, Zaid Ibrahim dipecat drp UMNO kerana hadiri kongres PKR, sedangkan perompak rakyat dan perasuah negara berleluasa dalam UMNO dan kerajaan.