Wednesday, September 24, 2008

Kisah Pak Lah Dengan Minyaknya

Krisis kenaikan harga minyak dunia telah memberi kesan yang buruk kepada dunia. Negara kita tidak terkecuali apabila Pak Lah mengumumkan kenaikan harga minyak di negara sebanyak 78sen petrol dan rm1 untuk diesel. Beliau memberi alasan bahawa ini adalah isu global, kita semua terpaksa menerima hakikat ini, jika dibandingkan harga minyak Singapura dan Thailand, harga minyak kita jauh lebih murah. Isu minyak ini telah menjadi buah mulut seluruh rakyat jelata yang terpaksa menanggung beban ini sehingga terjejasnya perbelanjaan bulanan yang lain. Pihak pembangkang juga telah berusaha habis-habisan untuk menurunkan harga minyak yang tinggi itu kerana beranggapan bahawa negara kita pengeluar minyak di mana kita seharusnya mendapat subsidi yang lebih kerana keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan daripada isu kenaikan minyak tersebut. Hari ini, apabila harga minyak global telah menurun akibat pengeluaran yang terlebihan, seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri kesayangan kita, jika harga minyak turun sehingga bawah USD100 setong, maka harga minyak negara kita pun akan turun. Tetapi sebaliknya Perdana Menteri kita berkata bahawa apabila harga minyak turun, keuntungan Petronas pun menurun menyebabkan keuntungan kerajaan juga berkurangan, jadi kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada rakyat. Sampai hari ini saya masih bingung dengan kenyataan beliau. Teringin saya pergi ke hospital psychiatry untuk membuat ujian kesihatan mental. Apa yang Pak Lah cakap nih? Saya kesian dengan Perdana Menteri kita yang seorang ini, dah nyanyok kot? Tolonglah sesiapa ambil alih tempat Pak Lah yang tersayang ini, biarlah beliau berehat sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku.

1 comment:

Anonymous said...

biasalah orang bercakap bohong memang kedengaran pelik sikit. banding dengan thailand, ngok betul pemimpin kita. thailand tak ada tol. Haiwei kita dahlah ada tol, makanan pula basi, tandas busuk.