Tuesday, February 24, 2009

Pengikut Yang Sesat

Ke manakah arah tuju kita?
Kita membuat pilihan mengikut kehendak diri kita, kehendak majority, yang tidak menyusahkan orang lain. Kita memilih apa yang betul dan meniggalkan apa yang salah. Pilihan yang dibuat mesti mempunyai nilai moral dan rasional yang tinggi. Syaratnya memang kelihatan mudah, tetapi hakikatnya manusia melalui banyak masalah dalam dunia hanyalah kerana tidak jelas dengan pilihan yang dibuat atau membuat pilihan yang silap. Mengapakah seseorang dapat bangkitkan semangat orang ramai hanya dengan kata-katanya? Ini adalah kerana mereka ini amat jelas dengan pilihan dan arah tuju mereka. Dengan itu mereka juga berkongsi pilihan serta arah tuju mereka kepada semua agar dapat mencapai cita-cita bersama. Arah tuju yang jelas adalah amat penting untuk perjuangan dalam kehidupan, sekiranya kita tidak jelas dengan arah tuju diri kita sendiri, kita akan terus hidup dalam kegagalan.

Arah tuju Parti Gerakan
Kita tahu apa cita-cita kita tetapi tidak jelas kerana kita sesat dalam permainan politik harian. Demi untuk kepentingan rakan parti, demi untuk kepentingan peribadi, arah tuju telah diketepi. Sebagai seorang yang tiada apa-apa kepentingan dalam parti, saya ingin menyuarakan pendapat saya yang juga tidak terhad kepada apa-apa pun kepentingan, sekiranya benar tujuan kita untuk tubuhkan parti ini adalah untuk mencapai Bangsa Malaysia, maka Bangsa Malaysia ini lah yang harus kita tuju, tidak kira susah bagaimana sekalipun. Itulah cita-cita kita. Dengan cita-cita yang begitu indah, kita boleh melupakan kepentingan diri yang telah menjadi penghalang paling besar kepada kita. Kepentingan ini hanyalah kepada beberapa orang, tetapi pengikut yang ramai telah dilupakan. Kita takut kehilangan mereka yang berkepentingan dan tidak jujur, daripada mereka yang benar-benar mendukung cita-cita parti. Ini telah membuat ramai pengikut yang hampa secara senyap-senyap memilih arah tuju lain, kumpulan lain yang lebih jelas perjuangannya. Tetapi kita masih tidak dapat mengerti, kita tidak pernah mementingkan majority. Kita tidak belajar dari peristiwa, tidak tahu membuat penilaian. Masih lagi hendak berpolitik, sedangkan kita sudah tahu akibat yang akan menimpa. Janganlah kita hanya tahu berfikir cara kita sendiri, kita juga harus berfikir cara majority yang mempunyai kuasa untuk memilih. Inilah yang menyebabkan kita buntu, inilah yang menyebabkan kita hilang kepercayaan. Kepimpinan yang lemah. Terimalah kenyataan yang rakyat serta ahli-ahli parti tidak suka ahli politik, mereka memerlukan wakil atau peneraju yang mementingkan suara rakyat, tidak mementingkan diri sendiri, pemimpin yang tidak berpolitik, pemimpin yang berani, pemimpin yang mampu membawa semua ke arah yang lebih baik atau mencapai cita-cita parti serta rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

Manusia lebih suka mengikut daripada berfikiran bebas. Dalam politik rakyat lebih rela dipengaruhi daripada mempengaruhi. Jumlah rakyat begitu besar tapi mereka rela membiarkan masa depan meraka ditentukan oleh segelintir manusia yang bergelae wakil rakyat dan dibantu oleh pengamal media.

Jadi, masa depan rakyat bukan ditentukan oleh rakyat walaupun ada pilihan raya kerana pilihan rakyat telah ditentukan melalui pengaruh propaganda dan mungkin juga sogokan.