Tuesday, February 24, 2009

Apabila anda dipilih sebagai Perdana Menteri.

Setelah pulang dari Kem Pemuda Gerakan Pusat yang telah diadakan di Cameron Highland 20hb-22hb febuari, banyak persoalan telah tiba-tiba menyerang minda. Di manakah saya berdiri sekarang? Adakah saya berada di landasan yang betul? Mengapakah saya berasa begitu lemah? Apabila ditelitikan soalan-soalan tersebut, saya bertanyakan kepada diri-sendiri, apakah perkara pertama yang akan saya buat sekiranya hari ini saya dipilih sebagai Perdana Menteri? Jawapan saya mungkin mudah, saya akan menyemak semula sistem pendidikan rendah dan menengah dan meningkatkan tahap minda dan mentaliti para pelajar. Pelajar tahun satu harus diberikan pengetahuan tentang hak asasi manusia, supaya setiap rakyat tidak akan dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin tidak kira dalam bidang politik ataupun perniagaan. Sekiranya sistem pelajaran di negara kita dijalankan dengan lebih bertanggungjawab, kemungkinan besar negara kita telah diiktiraf sebagai negara maju, di mana rakyat mempunyai mentaliti yang tinggi, minda yang bijak dan pengetahuan yang lebih luas. Kerana pengetahuanlah yang menghasilkan sumber manusia yang berqualiti dan berdaya saing. Kita boleh lihat bahawa mereka yang mempunyai peluang untuk belajar di luar negara, adalah lebih bijak dan berfikiran luas. Ini tidak adil kepada golongan yang kurang mampu. Dengan sistem pendidikan sekarang kita dapat rumuskan bahawa ianya sedang memberi kesan negatif kepada rakyat yang telah mengharapkan masa depan anak-anak mereka. Kita telah nampak hasil dari sistem pendidikan di negara kita telah menyebabkan rakyat hilang keberanian dan tidak berani walaupun benar. Rakyat langsung tidak tahu mana yang betul mana yang salah. Pentadbiran yang menyalahgunakan sistem demokrasi. tetapi ada juga segelintir pelajar yang cemerlang tetapi mereka memilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, bekerja di sana dan bermastautin di sana. Golongan berada juga ramai yang meminta status penduduk tetap di luar negara yang mentalitinya lebih jauh tinggi daripada rakyat Malaysia. Apa telah terjadi? Yang bijak semua sudah lari, tinggal hanyalah yang 'belum bijak', dan mereka yang 'belum bijak' ini juga akan pergi apabila mereka sudah bijak. Di manakah harapan kita yang kurang bijak ini?

No comments: