Monday, July 7, 2008

Nikmati Cita-cita Rukun Negara

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

-mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
-memelihara satu cara hidup demokratik ;
-mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
-menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
-membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

2 comments:

Anonymous said...

Kalau semua orang patuh kepada Rukunnegara dan menghormati semangat tersuratnya, amanlah kita. Masalahnya bukan semua begitu. Misalnya, Perlembagaan diekploitasi pihak tertentu untuk kebaikan mereka. Perkara-perkara yang tidak menguntungkan bangsa pemerintah dipinda sesuka hati. Selepas Merdeka,(50 tahun) Perlembagaan kita sudah 54 kali dipinda, sedangkan Perlembagaan Amereka yang diterima pakai sejak 1789 baru 27 kali dipinda.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.