Saturday, July 5, 2008

Ekonomi Yang Menguasai DEB/ NEP

Cuba kita perluaskan lagi pandangan kita pada tahap global. Ia telah semulajadi dan tiada sesiapa boleh nafikan bahawa kekuatan ekonomi atau lebih terus-terang iaitu kuasa kewangan, dapat menembusi segala polisi dan juga undang-undang dunia. Cuba perhatikan kaum Yahudi yang menguasai ekonomi dunia terus menguasai dunia dan dalam senyap-senyap kekayaan mereka sentiasa meningkat dengan begitu laju sekali. Adakah kaum Yahudi ini dibantu oleh kerajaan atau mana-mana parti politik? Tidak, kekuatan mereka adalah bepunca dari kegigihan dan ketekunan diri sendiri. Begitu juga dengan kaum Cina yang merupakan salah satu penjana ekonomi dunia. Kegigihan ini berpunca daripada kesusahan mereka terpaksa ditanggung oleh diri-sendiri tanpa bantuan sesiapa, kaum ini tidak mengenali sesiapa dalam usaha menjayakan diri dalam ekonomi walaupun kaum sama sendiri. Siapa cepat dia dapat, yang menang akan ke hadapan manakala yang kalah perlu memulihkan kelemahan diri-sendiri, tiada guna menyalahkan orang yang menang kerana dengan cara ini akan melambatkan process pemulihan daripada kekalahan.

Beginilah konsep ekonomi secara semulajadi, 'only the fit will survive". Apabila kekuatan ekonomi dapat menentukan masa depan sesebuah negara, ini bermakna pentadbiran negara haruslah menguasai kekuatan ekonomi tersebut supaya pentadbir tidak akan dipengaruhi oleh kuasa ekonomi lain iaitu para kapitalis di dalam atau di luar negeri yang kebanyakannya berketurunan Cina.

Contohnya Singapura, kementerian kewangan memiliki sebuah firma pelaburan yang bertaraf dunia iaitu Temasek yang percaturannya dalam strategi pelaburan amat digeruni. Maka pentadbiran Singapura amat jelas membuktikan polisi dan undang-undang negara tersebut tidak dicemari atau disalahgunakan.

Dengan itu, tidak perlu disalahkan siapa yang memboikot Dasar Ekonomi Baru di Malaysia sekiranya pentadbirnya lemah dalam pengurusan kewangan yang menjadikan pentadbiran dikuasai secara tidak langsung oleh kuasa ekonomi luar yang bukan dari pihak pentadbiran atau kerajaan.

Rahsia kejayaan kaum Cina dalam ekonomi sebenarnya amatlah mudah iaitu mereka pantang berhutang, mereka tidak suka menjadi produk kepada institusi kewangan sebaliknya mereka ingin memiliki institusi kewangan dan biar orang lain yang menjadi produk mereka. Mereka juga dilatih agar mengenepikan nafsu pembaziran dan mereka sanggup hidup susah demi untuk menyimpan untuk masa depan tanpa berhutang. Kaum Melayu pula apabila terlalu dimanjakan oleh DEP begitu ghairah menghayati hutang-hutang yang dialu-alukan oleh kerajaan. DEB nampaknya tidak menolong sebaliknya merosakkan potensi dan kaumnya sendiri. Konsep DEB ini memang bertentangan dengan konsep kaum Cina dan juga Kaum Yahudi kerana mereka ini menganggap bahawa hutang itulah yang menjadi kelemahan paling utama dalam ekonomi. Malah kelemahan inilah yang membocorkan ekonomi dan menjadi sasaran para kapitalis untuk menyemai benih mengorek peluang keuntungan.

Maka dengan ini memang saya setuju bahawa DEB ini telah diboikot tetapi bukan oleh kaum Cina sahaja malah kaum Melayu sendiri yang lemah dan tidak pandai berusaha, dan mencetuskan peluang kepada kaum lain. Pendek kata polisi yang dibuat mestilah dikukuhkan dengan ekonomi, kalau tidak polisi tersebut akan dipergunakan oleh ekonomi yang lain.

No comments: