Thursday, December 18, 2008

Pejam Mata Dan Lihat

Sejauh manakah pengertian kita tentang kehidupan di dunia ini? Manusia hari ini tidak begitu berminat untuk mengenali kehidupan dan asal-usul diri sendiri. Mereka hanya mementingkan kerjaya, wang, nafsu, keinginan dan segala kebendaan, sehingga lupa keadaan sekeliling yang sebenar. Ada beberapa perkara yang selalu menjadi tanda tanya kepada diri saya adalah-hukum alam. Apakah hukum alam? Dalam beberapa ajaran agama ada menceritakan teori-teori hukum alam. Jika direnungkan dengan teliti, bagaimanakah kehidupan yang begitu komplek wujud di muka bumi? Bagaimana pula alam semesta wujud? Apakah ini semua? Bagaimana pula dengan alam ghaib(supernatural)? Sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi dapat dikesan oleh para pendita atau pengamal meditasi. Mengapa ada orang yang dapat menduga apa yang akan berlaku pada masa akan datang dan juga dapat membaca sejarah seseorang? Walaupun telah dicemari oleh penipu-penipu yang bertujuan untuk mencari wang dengan cara mudah, tetapi pengamal-pengamal yang benar masih wujud. Ini telah menyebabkan ramai telah hilang kepercayaan mereka terhadap dunia ghaib. Kita boleh lihat sekarang bahawa orang-orang barat yang sebelum ini menganggap dunia ghaib adalah tahyol, tetapi telah mula nampak kekeliruan dan mula cuba untuk memasuki alam tersebut dengan belajar bermeditasi. Walaupun sains menjadi asas kepada dunia barat, tetapi tidak semua dapat dijawab dengan sains. Contohnya Segitiga Bermuda yang sehingga kini belum terjawab keajaibannya. Dengan mengamal meditasi, para pengamal ini telah terbukti dapat memahami kebenaran di sekeliling mereka, yang mungkin mustahil difahami oleh manusia biasa. Manusia sebenarnya mempunyai enam deria tetapi hanya 5 deria yang digunakan. Deria keenam dianggap tidak wujud oleh manusia biasa yang hanya mengejar kebendaan. Begitu juga dengan haiwan di dalam hutan, mereka dapat mengesan bencana alam yang bakal berlaku, tetapi manusia telah kehilangan deria keenam disebabkan pemikiran yang terlalu komplek dan mengaburi sensitif di dalam minda. Kebiasaannya deria keenam disabitkan dengan minda seseorang dan tahap pengetahuan mereka. Contohnya seorang ahli ekonomi profesional dapat menjangka apa akan berlaku kepada ekonomi dunia dan membuat persediaan awal dan mengambil kesempatan yang ada, semua ini bergantung pada pengetahuan yang ada pada diri dan minda yang tenang, sedangkan orang biasa hanya kais pagi makan pagi, kais malam makan malam, bukan setakat itu, dan juga mudah tertipu. Mengikut kajian ahli sains amerika, secara purata, manusia di dunia hanya mengguna 10% otaknya, dan 90% lagi tidak digunakan. Mengapakah manusia dicipta dengan dianugerahkan akal yang begitu berkuasa? Kebenaran alam ghaib tidak harus diperlekehkan, sebaliknya kita harus menelitinya dengan minda yang terbuka, dan mengguna sepenuhnya akal yang ada.

No comments: