Tuesday, November 3, 2009

Inilah PERPADUAN yang sebenar.

Bukan sahaja kaum cina yang tak sanggup mengorbankan budaya, semua kaum pun tidak sanggup korban apa-apa untuk sesiapapun. Jangan kata negara lain yang bersekolah satu aliran, malah negara yang hanya ada satu kaum pun boleh berpecah ranah. Melayu dgn Melayu pun boleh berpecah, Cina dgn Cina, India dgn India, malah bukan setakat pecah tetapi yg hancur pun ada.

Saya rasa keadaan kita di Malaysia selama ini sebenarnya sudah baik sekali, jadi kita tidak perlu bising untuk kesamarataan kerana kita semua masing-masing tidak pernah ada keadilan di dalam diri. Setiap manusia nampaknya hanya pentingkan diri masing-masing. Hak orang lain kita nak, tapi hak kita tak sanggup korban, jadi lebih baik kita senyap sahaja. Jangan sampai orang nampak perut sangat.

Seperti yang selalu saya katakan, perpaduan seperti yang diimpi-impikan tidak akan berlaku walau apa pendekatan sekalipun. Perpaduan hanya akan berlaku apabila semua manusia dapat cari makan, apabila perut kenyang manusia secara automatik akan manjadi malas bising, atau lebih senang didengari adalah manusia yang mudah cari rezeki akan bersyukur.

Kita tidak pernah dengar rungutan rakyat Singapura malasah perpaduan sedangkan rakyat mereka terdiri drpd lebih banyak kaum lagi berbanding negara kita. Mana taknya, Bangla, Nepal, Burma dan lain-lain termasuk Malaysia, ramai rakyatnya sudah mendapat status penduduk tetap dan tidak kurang juga yang telah mendapat status kerakyatan sepenuhnya. Tidak ada masalah perpecahan walaupun tidak kedengaran tentang perpaduan.

Untuk apakah perpaduan? Ianya hanya satu angan-angan indah dan sesuatu yang tidak ada apa-apa, usaha yang sia-sia. Sedangkan sekeluarga yang sama kaum, sama agama, sama latar belakang pun boleh berpecah belah. Apakah puncanya? Jawapannya adalah masalah kewangan dan terlalu pentingkan kebendaan. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah kewangan rakyat adalah dengan usaha pentadbiran ke arah pembangunan modal insan melalui pendidikan manakala jawapan kepada masalah rakyat yang mengutamakan kebendaan pula dgn meningkatkan kesedaran moral dan juga agama, sebab ramai yang sanggup menggadai harta agar diri berharga, sedangkan kita tidak perlu mencari penghormatan dgn menggunakan wang, penghormatan adalah datang daripada kemuliaan.

Inilah Perpaduan sebenar.

1 comment:

satumalaysia said...

Perpaduan atau perpecahan adalah pekerjaan orang politik. Berpadu atau berpecah semua mereka yang kata. Kita tetap seperti kita. Saya tetap minum petang bersama Salleh, Ramesh, Wong dan Ranjit.

Perpecahan yang berlaku adalah perpecahan penyokong BN. Maka BN terpaksa melakukan perpaduan balik penyokongnya.