Thursday, December 18, 2008

Pejam Mata Dan Lihat

Sejauh manakah pengertian kita tentang kehidupan di dunia ini? Manusia hari ini tidak begitu berminat untuk mengenali kehidupan dan asal-usul diri sendiri. Mereka hanya mementingkan kerjaya, wang, nafsu, keinginan dan segala kebendaan, sehingga lupa keadaan sekeliling yang sebenar. Ada beberapa perkara yang selalu menjadi tanda tanya kepada diri saya adalah-hukum alam. Apakah hukum alam? Dalam beberapa ajaran agama ada menceritakan teori-teori hukum alam. Jika direnungkan dengan teliti, bagaimanakah kehidupan yang begitu komplek wujud di muka bumi? Bagaimana pula alam semesta wujud? Apakah ini semua? Bagaimana pula dengan alam ghaib(supernatural)? Sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi dapat dikesan oleh para pendita atau pengamal meditasi. Mengapa ada orang yang dapat menduga apa yang akan berlaku pada masa akan datang dan juga dapat membaca sejarah seseorang? Walaupun telah dicemari oleh penipu-penipu yang bertujuan untuk mencari wang dengan cara mudah, tetapi pengamal-pengamal yang benar masih wujud. Ini telah menyebabkan ramai telah hilang kepercayaan mereka terhadap dunia ghaib. Kita boleh lihat sekarang bahawa orang-orang barat yang sebelum ini menganggap dunia ghaib adalah tahyol, tetapi telah mula nampak kekeliruan dan mula cuba untuk memasuki alam tersebut dengan belajar bermeditasi. Walaupun sains menjadi asas kepada dunia barat, tetapi tidak semua dapat dijawab dengan sains. Contohnya Segitiga Bermuda yang sehingga kini belum terjawab keajaibannya. Dengan mengamal meditasi, para pengamal ini telah terbukti dapat memahami kebenaran di sekeliling mereka, yang mungkin mustahil difahami oleh manusia biasa. Manusia sebenarnya mempunyai enam deria tetapi hanya 5 deria yang digunakan. Deria keenam dianggap tidak wujud oleh manusia biasa yang hanya mengejar kebendaan. Begitu juga dengan haiwan di dalam hutan, mereka dapat mengesan bencana alam yang bakal berlaku, tetapi manusia telah kehilangan deria keenam disebabkan pemikiran yang terlalu komplek dan mengaburi sensitif di dalam minda. Kebiasaannya deria keenam disabitkan dengan minda seseorang dan tahap pengetahuan mereka. Contohnya seorang ahli ekonomi profesional dapat menjangka apa akan berlaku kepada ekonomi dunia dan membuat persediaan awal dan mengambil kesempatan yang ada, semua ini bergantung pada pengetahuan yang ada pada diri dan minda yang tenang, sedangkan orang biasa hanya kais pagi makan pagi, kais malam makan malam, bukan setakat itu, dan juga mudah tertipu. Mengikut kajian ahli sains amerika, secara purata, manusia di dunia hanya mengguna 10% otaknya, dan 90% lagi tidak digunakan. Mengapakah manusia dicipta dengan dianugerahkan akal yang begitu berkuasa? Kebenaran alam ghaib tidak harus diperlekehkan, sebaliknya kita harus menelitinya dengan minda yang terbuka, dan mengguna sepenuhnya akal yang ada.

Wednesday, December 3, 2008

Kemerosotan Pulangan KWSP- Rakyat Tertipu Lagi

Memang saya telah mendugai, wang KWSP para pekerja berada dalam keadaan risiko tinggi. Pulangan pelaburan telah merosot sebanyak 60 peratus, kononnya disebabkan oleh krisis ekonomi dunia. Beginilah cara orang dalam pentadbiran negara kita buat untuk menjadi kaya. Mereka terus memperdayakan para pekerja yang kurang arif tentang ekonomi dan pelaburan. Sebenarnya kebanyakan syarikat-syarikat yang sihat dan menunjukkan keuntungan tahunan yang tinggi tidak akan teragak-agak mengeluarkan dividen yang tinggi, walaupun harga saham menurun. Dividen yang ditetapkan adalah mengikut jumlah unit saham, bukan mengikut harga saham semasa. Contohnya 1unit saham yang menetapkan dividen sebanyak 10sen setahun, tidak kira harga saham tinggi atau rendah ia tetap memberi dividen yang sama. Ini bermakna pada harga saham yang rendah, dividen seharusnya meningkat. Kalau kita perhatikan dividen yang ditawarkan kini amat tinggi sekali, sehingga mencecah belasan peratus daripada harga saham semasa. Seharusnya KWSP tidak akan menghadapi masalah kemerosotan pulangan kecuali syarikat yang dilaburkan adalah syarikat GLC yang perniagaannya rugi ataupun ada kesilapan berlaku yang secara tidak sengaja mengkayakan kroni-kroni pentadbir. Wang RM 5 billion yag dikeluarkan untuk pelaburan oleh Najib telah membuktikan sesiapa sahaja dalam pentadbiran mempunyai kuasa untuk mengeluarkan wang simpanan pekerja tersebut, bagaimanakah mereka melaburkan wang milik pekerja-pekerja ini? Adakah ValueCap Sdn Bhd melutsinakan pelaburan wang KWSP tadi? Nampaknya rakyat Malaysia kena buat seperti Thailand, tetapi saya percaya rakyat Malaysia tidak sebodoh itu. Dengan ini, saya tidak lagi menaruh harapan ke atas simpanan hari tua saya melalui sistem KWSP yang merompak rakyat dengan mengeklpoitasikan para pekerja.

Monday, December 1, 2008

Satukan Sistem Persekolahan

Satukan semua jenis sekolah kepada sekolah kebangsaan, inilah pandangan bernas Datuk Mukhriz Mahathir terhadap sistem persekolahan di negara kita. Satu-satunya cara untuk mencapai perpaduan negara, iaitu mengasuh anak-anak Malaysia daripada rebung supaya bersatu-padu. Saya percaya ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wira-wira perkauman. Setakat mana mentaliti masyarakat Malaysia dapat diuji di sini, satu pengorbanan yang besar demi pulangan yang tidak ternilai. Ianya bagaikan hadiah kepada anak-anak kita pada masa akan datang. Saya malas mengulas lanjut, bersama-samalah kita renungkan kebahagiaan anak-anak kita kelak yang jauh daripada isu perpecahan kaum. Isu perkauman hanya akan tinggal sebagai mitos bagi mereka pada masa itu. Saya sokong seratus peratus.